Kuala Lumpur: Pendapatan boleh guna adalah elemen kewangan penting demi kelangsungan hidup rakyat.
Dengan pelbagai komitmen yang perlu dihadapi oleh setiap individu, bagaimana pendapatan ini boleh ditambah?
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - 'Bagaimana Kerajaan boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan rakyat?'
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Khamis.
Daripada 227 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 45 peratus responden menyatakan bahawa mereka mahu kadar gaji minimum ditingkatkan.
Sebanyak 28 peratus mengatakan cukai perlu dikurangkan, manakala baki 27 peratus pula mahu rasionalisasi subsidi dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Irfan Faruqi
Thu Feb 16 2023
Naikkan kadar gaji minimum antara pilihan utama untuk tingkatkan pendapatan rakyat. - Gambar hiasan
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
#SuaraMalaysia: 52 peratus sedia jika kerajaan laksana subsidi bersasar
Lebih separuh daripada responden kajian #SuaraMalaysia yang dijalankan Astro AWANI pada Selasa mengenai kesediaan rakyat sekiranya kerajaan melaksanakan subsidi bersasar menyatakan mereka bersedia.
#SuaraMalaysia Belanjawan 2024: Bersediakah jika kerajaan laksana subsidi bersasar?
Pelbagai soalan berkait kehendak serta keperluan rakyat Malaysia diajukan kepada anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.
#SuaraMalaysia: 47 peratus tidak setuju wanita jadi Perdana Menteri
Sebanyak 47 peratus responden menzahirkan rasa tidak setuju untuk menjadikan golongan wanita sebagai Perdana Menteri pada masa akan datang.
#SuaraMalaysia: 36 peratus mahu waktu kerja fleksibel diberi tumpuan untuk tingkat produktiviti
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
#SuaraMalaysia: 45 peratus responden mahu kadar gaji minimum ditingkatkan
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Bagaimana Kerajaan boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan rakyat?
#SuaraMalaysia: 56 peratus tumpuan kepada kos sara hidup
Kos sara hidup setiap lapisan masyarakat terus menjadi tumpuan utama menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.
#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Sabtu, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023
57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: Majoriti bimbang kos harga barang makanan
85 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.